Toksin datang dari pelbagai sumber. Menurut kajian yang dibuat oleh pakar pemakanan dan disahkan pula oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, toksin datangnya dari:
a. Sumber Air Minuman
b. Bekas Makanan
c. Bahan Penstabil, Pengawet dan Pewarna Tiruan
d. Baja Tanaman
e. Penggalak Tumbesaran dan Antibiotik Haiwan Ternakan
Sumber Air Minuman
Sumber air minuman tercemar disebabkan kandungan klorin yang diguna untuk membersihkan air. Air yang baik untuk diminum adalah air yang semulajadi bersih tanpa sebarang rawatan. Ini mengembalikan kita ke zaman dahulu sebelum zaman perindustrian di mana air sungai dan sumber air adalah selamat untuk diminum. Disamping itu, zink, besi dan aluminium juga terdapat di dalam air minuman yang dibekalkan kerumah-rumah. Bahan berat ini datangnya dari bekas-bekas menyimpan, bekas memproses di pusat pembersihan dan bekas minuman di rumah.
Bekas Makanan

Plastik boleh menyebab kanser. Plastik juga boleh mengakibatkan kerosakan hati, buah pinggang, organ penapisan dan endokrin badan manusia. Permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik juga membahayakan. Kanak-kanak akan menggigit, menghisap dan menyentuh barangan plastik dan proses ini merupakan pemindahan terus bahan plastik ke dalam tubuh badan.
Aluminium
Aluminium dalam makanan berpunca dari kuali, periuk, alat memasak dan bekas-bekas tin makanan. Bahan makanan dalam tin merupakan penyumbang kepada kandungan logam ini dalam makanan. Makanan yang diproses seperti susu tepung, tepung serbuk penaik, teh, kopi, krimer, jeruk-jeruk, bekalan air minuman dan lain-lain produk yang diproses mengutip aluminium dari bekas tin dan peralatan pemprosesan. Aluminium sekiranya masuk ke dalam tubuh badan akan mengakibatkan kerosakan otak dan tulang, penyakit Alzheimer dan buah pinggang.
Plumbum
Plumbum adalah logam yang ujud semulajadi dari tanah. Namun begitu, plumbum boleh masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan yang diproses dalam kotak, makanan dalam tin, pinggan mangkuk tembikar dan sumber air. Kotak dan tin makanan menggunakan plumbum untuk mengklim sudut-sudut bekas makanan. Tindak balas pada makanan boleh berlaku kerana kecacatan proses pengeluaran. Disamping itu, produk tembikar menggunakan kadmium dan plumbum untuk menyalut tanah liat sebelum dipasankan pada suhu tinggi. Bahan berat ini akan menyerap ke dalam makanan sekiranya digunakan.

Bahan Penstabil, Pengawet dan Pewarna Tiruan

Pengawet yang biasa digunakan adalah Formaldehide yang biasa digunakan untuk mengawet mayat, janin atau spesimen haiwan. Asid askorbik pula digunakan untuk mengekalkan kesegaran produk segera seperti mi kuning, bebola ikan atau daging dan makanan snek. 1 sudu penuhasid askorbik boleh membunuh kanak-kanak. Apabila kita membeli ikan-ikan di pasar, kita memasak menggunakan kuali dan bahan aluminium. Ini akan mengakibatkan limpahan bahan toksin ke dalam badan yang mana jika tidak dinyahkan akan mengakibatkan penyakit kronik seperti kerosakan hati, limpa dan buah pinggang, hilang selera makan, sakit perut dan cirit birit.
Penggalak Tumbesaran dan Antibiotik Haiwan
Kuman haiwan kini semakin kebal kepada antibodi haiwan itu sendiri. Ini disebabkan penggunaan antibiotik tambahan menjadikan kuman semakin tahan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, dari 21 contoh daging, 14 mempunyai kuman yang kenal antibodi. Di dalam daging ayang pula, 8 daripada 9 contoh daging mempunyai kuman yang kebal antibodi.
Ayam diternak di dalam tempat yang sempit, tidak bebas dan tidak terurus. Pengusaha ayam akan memberi ayam makan setiap hari dengan kerap untuk mencepatkan tumbesaran ayam. Hasilnya adalah ayam yang besar, lemak yang banyak tetapi otot yang kurang. Kini, untuk menjimatkan kos, bahan buangan ayam seperti isi perut, lemak dan lemdir yang tidak diperlukan dicampurkan semula ke dalam makanan ayam dan jadilah ayam yang tidak sihat. Apabila ayam ini sakit, ayam akan diberikan antibiotik seperti tetracycline, erthromycin atau chlortetracycline. Akhirnya ayam-ayam inilah yang masuk ke pasaran dan kita sebagai pengguna memakannya setiap hari. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa pemakanan organik adalah makanan keperluan bagi zaman ini. Ini kerana makanan organik saja yang masih mengekalkan keaslian, ketulenan dan keselamatan untuk dimakan. Di dalam buku Makanan Berbahaya keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang di mukasurat 115, dinyatakan bahawa kerajaan sepatutnya memberikan bantuan dan suntikan modal yang lebih kepada pengusaha-pengusaha LADANG ORGANIK bagi meningkatkan hasil keluaran sayur-sayuran dan tanaman organik.
Memang semestinya produk Greenfield Melilea sangat hebat dan harganya pula sangat-sangat berpatutan.
ReplyDelete